PERINGATAN BUAT DIRI

Mungkin pada hari ini kita belum mahu menyesali serta menginsafi diri untuk mengerjakan amal soleh dan taqwa kepada Allah lantaran belum lagi didatangi dengan kesusahan dan balasan sepertimana umat-umat terdahulu yang ditimpa azab akibat tidak mahu tunduk mentaati perintah Allah serta meninggalkan laranganNya.

Ramai manusia menyangka bahawa mereka masih punya masa yang banyak lalu menunda-nunda taubat dan lalai dalam mengerjakan taqwa. Sedangkan maut sentiasa mengintai usia. Amat malang jika masih lagi ada di antara kita masih bertangguh untuk mula berhijrah dan beramal soleh kerana percaya BELUM SAMPAI SERU lalu hanya duduk menunggu hidayah dari Allah.

Memang benar hidayah itu milik Allah. Namun sebagaimana urusan rezeki, ia perlu diusahakan. Kita yang perlu bertindak dan bukan hanya menunggu orang lain suapkan. Maka begitulah hidayah. Ia perlu dijemput, sebelum MAUT yang datang menjemput dahulu.

Ingatlah, kematian tanpa AMAL & TAQWA adalah pengakhiran yang sangat ngeri dan azab yang pasti akan mendatangkan PENYESALAN YANG TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN DENGAN KATA-KATA. Penyesalan yang tiada berguna, kerana masa tak bisa diundur semula.

Renungi dengan insaf maksud ayat 23-24 surah Al-Fajr:

“Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya? Ia akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di akhirat)!”

Jadi menyesallah di dunia ini dengan bersungguh-sungguh melakukan amal dan kerjakan taqwa sementara masih diberi kesempatan usia.

Please follow and like us:
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *